Sunday, November 4, 2007

Federal: Maximum Noise Level Should Not Be More Then 45 decibels

Walit perlu tempat sesuai

Teks Akhbar Berita Harian.
Tarikh: 22/09/2005
Keratan Akhbar Sebenar

PEMELIHARAAN burung walit (swiftlet) oleh pengusaha sarang burung perlu menepati ciri-ciri dan peraturan yang ditetapkan supaya industri itu tidak mendatangkan gangguan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shariff Omar, berkata beberapa kriteria sudah ditetapkan kerajaan berhubung isu pemeliharaan burung berkenaan antaranya mengehadkan kadar bunyi dan kawasan peliharaan yang bersesuaian.

"Rundingan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah dibuat, antaranya pemeliharaan perlu dibuat di kawasan perumahan yang terbengkalai supaya ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai selain menjamin kebersihan.

"Burung layang-layang mempunyai dua jenis spesies iaitu walit dan layang-layang, kedua-dua burung ini tidak mempunyai sifat sama," katanya menjawab soalan tambahan Abdul Fatah Harun (BN-Rantau Panjang).

Katanya, gangguan bunyi daripada pengusaha sarang burung walit sentiasa dipantau supaya tidak melebihi kadar 45 desibel (dsb) pada waktu malam dan 55 dsb untuk siang selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

No comments: