Sunday, November 4, 2007

Federal: Confirm That The Government Bless the Birdnest Farming in Malaysia !!!

Terdapat di: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=160453

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) --

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walit dan mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 yang dipengerusikannya di sini.Penternak burung bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kelulusan dikeluarkan bagi menternak burung itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Antara peraturan itu ialah aktiviti ternakan itu tidak dibenarkan dijalankan di dalam atau berhampiran kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung berkenaan hendaklah dibuat pada tahap nada bunyi yang rendah.

Burung walit kini banyak diternak di Pantai Barat Semenanjung. Perak ialah antara negeri yang didapati banyak menjalankan aktiviti ternakan burung itu berikutan berlakunya migrasi secara besar-besaran burung itu dari Medan, Indonesia.

No comments: