Saturday, November 3, 2007

Sarawak: Sarawak State Assembly

Guidelines drawn up to regulate swiftlet farming
The Star, 11 Dec 2003
JACK WONG at the Sarawak state assembly.

KUCHING:

Sarawak has drawn up guidelines for commercial swiftlet farming, which is gaining popularity in the state.

Environment and Public Health Minister Datuk William Mawan Ikom said the authorities had to ensure that this new industry was regulated to minimise negative health and environment impacts.

He said under health control measures drawn up, swiftlet farming structures must be sited on agriculture land and not be located in populated or recreational areas.

Other guidelines state that bird droppings must be removed regularly; sewage from the washing and cleaning process of a swiftlet house must be channelled into septic or sedimentation tanks; and effluents should not be discharged directly into natural waterways.

Mawan also said a licence from the controller of wildlife must be obtained before any swiftlet farm could be set up.

“The state Veterinary Authority will have to certify that the birds’ nests from these farms are fit for consumption before they are sold or exported to foreign markets,” he told Daniel Ngieng (BN–Bukit Assek) during question time.

State Tourism Minister Datuk Abang Johari Tun Openg informed the house that the government planned to gazette the legendary Gunung Santubong as a protected area.
There are already trails and walkways leading to the summit of Gunung Santubong, which covers 2,655ha of pristine forest, where visitors could enjoy the scenic beauty of the city and South China Sea.

Johari said the proposal to build a cable car system there would have to be studied.

2 comments:

Low said...

Am 13 Oktober, 2005 19:39 PM
K'jaan Benarkan Ternakan Burung Walit



BUAL SANTAI…Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbual dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Anwar Abdul Rahman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datul Seri Ong Ka Ting selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan, hari Khamis. Foto:Shaifuldin


PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walit dan mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 yang dipengerusikannya di sini.

Penternak burung bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kelulusan dikeluarkan bagi menternak burung itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Antara peraturan itu ialah aktiviti ternakan itu tidak dibenarkan dijalankan di dalam atau berhampiran kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung berkenaan hendaklah dibuat pada tahap nada bunyi yang rendah.

Burung walit kini banyak diternak di Pantai Barat Semenanjung. Perak ialah antara negeri yang didapati banyak menjalankan aktiviti ternakan burung itu berikutan berlakunya migrasi secara besar-besaran burung itu dari Medan, Indonesia.

Mengenai syarat pembangunan untuk melindungi sungai, Najib berkata mesyuarat itu juga memutuskan supaya semua pembangunan dalam satu kawasan yang luasnya melebihi satu hektar dikehendaki menyediakan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak untuk pertimbangan kelulusan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Kita dapati bahawa punca sungai-sungai kita menjadi tercemar ialah kerana tiada kawalan hakisan dan kelodak," katanya yang menambah bahawa pihak JPS telah memberi perakuan bahawa prosesnya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas pelan dikemukakan.

Selain itu, kata Najib, majlis itu juga memutuskan supaya premis-premis makanan di bawah pentadbiran PBT memasang alat penapis sisa pepejal dan minyak bagi mengurangkan pencemaran.

"Majlis mendapati bahawa longkang-longkang kita berada dalam keadaan begitu kotor kerana penjual membuang sisa-sisa makanan dan minyak ke dalam longkang-longkang berhampiran dengan gerai-gerai mereka," katanya.

Katanya PBT bagaimanapun dicadangkan supaya menguatkuasakan syarat itu apabila para peniaga hendak memperbaharui lesen mereka nanti bagi meringankan bebanan mereka.

"Jika sekiranya sesuatu kawasan itu terdapat beberapa buah gerai peniaga boleh menggunakan satu sistem penapis yang boleh menampung semua gerai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri majlis juga meluluskan langkah membenarkan PBT mengeluarkan permit sementara meletakkan meja dan kerusi di luar premis makanan.

"Majlis menetapkan bahawa dalam keadaan tertentu dan juga dalam keadaan terkawal cara ini boleh dilakukan dengan dua syarat iaitu pertama, ia tidak mengganggu-gugat lalu lintas dan lalu lalang orang ramai.

"Dan kedua, mereka pelanggan yang duduk di luar premis makanan itu dipastikan supaya berada dalam keadaan selamat," kata Najib.

Katanya PBT hendaklah meneliti dan melihat permohonan yang dibuat oleh peniaga premis makanan untuk meletakkan meja dan kerusi di hadapan kedai berdasarkan pertimbangan "kes demi kes" sama ada ia dapat memenuhi kedua-dua syarat itu.

-- BERNAMA

Low said...

http://f1.grp.yahoofs.com/v1/YLEuR8PaO92Lr51GlmG7OyCPeOuzXpX9uJGF6L0W15QRKuQTJa1aXjy-wShLtxI5WfBirw4Lasod0Rx6i7nFWQ/swiftlets%2520GAHP.pdf